ANSURAN PC SERENDAH RM56! APPLY NOW

GARIS PANDUAN
POLISI PEMULANGAN BARANG
(RETURN POLICY)

Terima kasih kerana membeli daripada Pixel Craft. Sekiranya Tuan/Puan ingin membuat pemulangan barangan (return), sila ikuti garis panduan berikut bagi memastikan proses berjalan lancar dan adil bagi kedua-dua pihak :
1. Keadaan PC Semasa Pemulangan
Pastikan PC dipulangkan dalam keadaan asal seperti yang telah kami hantarkan.
2. Pembungkusan
Sila balut PC dengan selamat di bahagian luar dan dalam, sebagaimana cara kami membungkus semasa penghantaran. Ini adalah penting untuk mengelakkan sebarang kerosakan semasa proses penghantaran semula.
3. Kos Penghantaran
- Kami hanya akan menanggung kos penghantaran balik (postage) jika pemulangan dilakukan dalam tempoh 15 hari dari tarikh penerimaan.

- Jika melebihi 15 hari, kos penghantaran adalah tanggungan pelanggan sepenuhnya KECUALI jika kerosakan yang berlaku oleh sebab kesilapan pihak kami, kos penghantaran akan kami tanggung sepenuhnya pula (JIKA MASIH DALAM TEMPOH WARRANTY).
4. Pilihan Kurier
Pemulangan boleh dibuat menggunakan mana-mana syarikat kurier, namun GDEX / POSLAJU amat kami syorkan. Apa jua kurier yang digunakan, pastikan pembungkusan dilakukan dengan selamat dan kukuh.
5. Barang Yang Perlu Dipulangkan
Sila hantar semula CPU dan kabel kuasa sahaja. Peralatan tambahan seperti WiFi adapter, kabel HDMI, dan lain-lain perlu dipulangkan juga jika masalah yang timbul melibatkan peralatan yang berkaitan.
6. Kerosakan atau Kehilangan Semasa Pemulangan
Sekiranya berlaku kerosakan (seperti kaca pecah) atau kehilangan komponen semasa penghantaran semula kepada pihak kami, kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian tersebut.
7. Alamat Pemulangan :
PIXEL CRAFT
No.282-G, Jalan Bandar Senawang 1,
Pusat Bandar Senawang,
70450, Seremban, Negeri Sembilan
01139748355
Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan amat kami hargai.
Terima kasih.