ANSURAN PC SERENDAH RM56! APPLY NOW

MAKLUMAT JAMINAN
(WARRANTY INFORMATION)

  1. Setiap pembelian PC Gaming disertakan dengan jaminan selama 3 tahun dari tarikh pembelian.

  2. Sekiranya berlaku sebarang masalah seperti tiada paparan (display), tiada kuasa (power) ketika menekan butang ON, dead pixel, skrin menjadi berpetak-petak, blue screen, atau lain-lain masalah berkaitan prestasi, sila hubungi pihak admin melalui WhatsApp di 011-3974 8355 untuk bantuan diagnosis awal.

  3. Pihak admin akan membantu mengesan punca masalah dan memberikan cadangan penyelesaian yang sesuai.

  4. Sebarang pemeriksaan, pembaikan atau pengubahsuaian oleh pihak ketiga (bukan dari kami) sepanjang tempoh jaminan akan membatalkan (void) jaminan anda serta melanggar polisi warranty yang ditetapkan.

  5. Jaminan juga akan terbatal serta-merta sekiranya berlaku :

    • Pembaikan atau pengubahsuaian dibuat oleh pihak tidak bertauliah tanpa kebenaran bertulis daripada kami.

    • Penyalahgunaan atau penggunaan luar daripada tujuan asal produk (contoh: digunakan untuk beban kerja yang melampaui spesifikasi).

    • Kerosakan akibat kemalangan atau faktor luar seperti seperti banjir, kilat, tumpahan air, hentakan kuat, atau kemalangan lain.

    • Menanggalkan atau mengubah nombor siri atau pelekat jaminan yang digunakan untuk pengesanan produk.

    • Pemindahan pemilikan – jaminan ini tidak boleh dipindah milik dan hanya sah untuk pembeli asal berdasarkan rekod transaksi.

  6. Untuk tuntutan jaminan, kos penghantaran ditanggung oleh pihak kami dalam masa 15 hari selepas pembelian sahaja. Selepas tempoh ini, kos penghantaran perlu ditanggung oleh pelanggan sendiri.

  7. PERHATIAN: Sila simpan kotak asal CPU dan bahan pembungkusan (foam) sepanjang tempoh jaminan. Kehilangan bahan pembungkusan asal boleh menyebabkan tuntutan jaminan ditolak.